Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan menyebabkan keturunan masyarakat Islam cacamarba malah tidak mustahil untuk berlakunya perkahwinan antara adik-beradik kerana keturunan yang tidak diketahui.
Kata beliau, dalam menjaga keturunan atau nasab seseorang itu, anak luar nikah tidak boleh dinasabkan seperti anak yang lahir daripada pernikahan sah kerana Islam menitikberatkan perkara berkaitan agama, nyawa, akal, keturunan, harta benda dan maruah.
Tambahnya, perundangan Islam itu juga bertujuan mendisiplinkan umat Islam supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan, selain mendahulukan hukum syarak daripada logik akal.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan berpendirian supaya anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah, layak di sisi undang-undang untuk berbin atau berbintikan nama bapanya.
BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA
Halaman Berikutnya

